Loading...
Hari berganti hari, bulan berganti bulan.. Anda begitu sibuk mengejar rutin duniawi. Sedar tak sedar, usia sudah makin meningkat. Namun sedarkah yang anda mungkin sudah menjadi hamba dunia?
Berikut adalah tanda-tanda anda sudah menjadi hamba dunia:
1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba
2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur’an lantaran terlalu sibuk
3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya untuk menambah harta
4. Anda marah ketika ada orang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang anda lakukan adalah haram
5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya esok, nanti dan seterusnya.”
6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya
7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga mengabaikan amal ibadah
8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil
9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat perkara yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah
10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain
11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin dimiliki
12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan
13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya
14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan anda kepada Allah
15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia
16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya
17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat
18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah
19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup yang suka berpoya-poya, walaupun anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu
20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi
21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya
22. Anda sangat prihatin dengan penampilan luaran
23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi
24. Anda menziarahi orang yang meninggal dunia tetapi tidak sedikit pun mendapat pengajaran dari kematiannya
25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera dapat menyambung pekerjaan yang tergendala
26. Anda tidak pernah terfikir bahawa hari ini merupakan hari terakhir anda hidup di dunia
27. Anda merasai ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang dimiliki, bukannya merasai tenang dengan mengingati Allah
28. Anda terlalu ketagihkan internet, dan terlalu mengharapkan internet yang laju sepanjang masa, semata-mata untuk bermedia sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram, Wechat dan bermain game
Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk di dalam golongan hamba-hamba Nya yang soleh.
Sumber: islamituindah.info
Loading...